Showing posts with label Info Kanser / Cancer info. Show all posts
Showing posts with label Info Kanser / Cancer info. Show all posts

Wednesday, 29 June 2011

Non-invasive or Invasive Breast Cancer

Normal CellsNormal Cell


Breast cancer usually begins either in the cells of the lobules, which are milk-producing glands, or the ducts, the passages that drain milk from the lobules to the nipple. The pathology report will tell you whether or not the cancer has spread outside the milk ducts or lobules of the breast where it started.

Non-invasive cancers stay within the milk ducts or lobules in the breast. They do not grow into or invade normal tissues within or beyond the breast.Non-invasive cancers are sometimes called carcinoma in situ (“in the same place”) or pre-cancers.  

Invasive cancers do grow into normal, healthy tissues. Most breast cancers are invasive. Whether the cancer is non-invasive or invasive will determine your treatment choices and how you might respond to the treatments you receive.

Non-Invasive CellsNon-Invasive Cells

Invasive CellsInvasive Cells


In some cases, a breast cancer may be both invasive and non-invasive. This means that part of the cancer has grown into normal tissue and part of the cancer has stayed inside the milk ducts or milk lobules. It would be treated as an invasive cancer.

A breast cancer also may be a “mixed tumor,” meaning that it contains a mixture of cancerous ductal cells and lobular cells. It would be treated as a ductal carcinoma.

If there is more than one tumor in the breast, the breast cancer is described as either multifocal or multicentric. In multifocal breast cancer, all of the tumors arise from the original tumor, and they are usually in the same section of the breast. If the cancer is multicentric, it means that all of the tumors formed separately, and they are often in different areas of the breast.

In most cases, you can expect the breast cancer to be classified as one of the following.

Friday, 10 June 2011

Ujian Kanser Payudara


Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
  • Clinical Breast Examination (CBE)
  • Mammography
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?
Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

    Apakah itu 'Mammogram'?
    'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
    Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.


    Ultrasound Ultrasound payudara menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menunjukkan sama ada satu gumpalan payudara adalah pejal atau dipenuhi bendalir. Pemeriksaan ini boleh digunakan bersama mamografi.



    Apakah itu 'FNAB'?
    Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.
    Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.



    Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?
    Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.


    Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
    Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

    Thursday, 9 June 2011

    Pemeriksaan Sendiri Payudara


    Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
    • Kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
    • Faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
    • Penyebab utama kematian awal.
    • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
    • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
    Kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
    Dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
    Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.


    Apakah tanda tanda kanser payudara?
    • Ketulan yang tidak sakit
      • Di payudara atau ketiak
    • Ruam yang berterusan
      • Sekeliling puting
    • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
    • Perubahan pada kulit
      • Bengkak dan menebal
      • Berlubang
      • Permukaan kulit yang berkedut
    • Puting tertarik ke dalam  

    Apakah Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)?
    5 langkah PSP


    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg
    Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg
    Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpg Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpg Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpg Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

    Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
    • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
    • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
    Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
    Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
    Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.