Saturday 6 August 2011

Sumbangan Hari Raya

Pada 6/8/2011 telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang. Seramai 20 orang pesakit dan bekas pesakit kanser hadir dan telah menerima hamper serta voucher bernilai RM100. Mereka turut berkongsi pengalaman menghadapi kanser pada hari tersebut.

Penerima sumbangan



Seorang lagi penerima sumbangan


Presiden memberi kata kata semangat

Perkongsian pengalaman

Wednesday 3 August 2011

Pejuang - Nor Asikin Binti Johari

Saya Nor Asikin Binti Johari berumur 38 tahun. Seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 16 tahun. Saya bekerja sebagai guru Tabika Kemas.


Dalam hidup ini tiada seorang pun menyangka dirinya akan mengidap penyakit kanser. Begitu juga dengan diri saya dan juga dua orang kakak yang saya kasihi.


Pada mulanya saya hanya berserah kepada takdir tentang diri saya. Atas pengalaman dan kekuatan semangat serta timbul kesedaran, saya membuat rawatan di Kilinik Senawang pada 18/6/2010. Oleh kerana keadaan saya agak serius, kes terus dirujuk ke doktor pakar. Rawatan demi rawatan saya lalui dan akhirnya saya menjalani pembedahan pada 9/7/2010. Saya lalui hari hari sebagai pesakit kanser dengan semangat dan sokongan rakan rakan.


Saya juga telah kehilangan kedua dua kakak saya, Kakak yang pertama meninggal pada 5/12/2009 dan yang kedua pada 28/12/2010.Pengalaman bersama kakak yang menghidap penyakit yang sama dengan saya, menyedarkan saya supaya kuat dan berfikiran positif. Kita tidak boleh berputus asa. Hindarkan diri kita dari masalah masalah yang boleh menyebabkan kita rasa sedih dan kecewa.Kita kena sedar hanya diri kita sahaja yang boleh memotivasikan hati untuk kita terus hidup sebagai pesakit kanser. Apa yang saya tahu kesedihan hanya akan buat kita rasa sakit. Oleh itu senyumlah dan kuatkan semangat untuk terus sihat.


Sebagai ibu, kita perlu tahu betapa pentingnya kita kepada anak anak kita. Oleh itu, apa yang penting kita perlu lalui hari hari dengan penuh kegembiraan. berdoa dan mohon kepada Allah semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik setiap hari.

Nor Asikin Binti Johari