Monday 19 December 2011

Prostesis dan pengukuran coli

Wakil dari Amanita tiba jam 9 pagi. Mereka melakukan pendaftaran nama bagi ahli BCSSNS yang memerlukan protesis dan coli khas. Mereka kemudiannya membuat pengukuran prostesis dan penerangan penjagaannya. 

Pendaftaran
Pengukuran coli dan prostesis
Penerangan penjagaan prostesis dan coli
BCSSNS turut membuat pendaftaran ahli-ahli yang baru serta menerima yuran ahli-ahli lama bagi tahun 2012. Kami turut menyampaikan protesis kepada ahli-ahli yang telah membuat ukuran pada sessi sebelum ini. Selain itu, bantuan kewangan turut diserahkan kepada beberapa orang ahli yang memerlukan.

Pendaftaran ahli BCSSNS
Penerima bantuan kewangan
Ahli menerima prostesis dan coli


Friday 9 December 2011

Kami turut merasainya

AJK BCSSNS mengunjungi ibu bapa dan anak kepada pesakit kanser payudara yang telah meninggal dunia pada akhir Syawal yang lepas. Bantuan kewangan telah diserahkan kepada ibunya bagi membiayai keperluan persekolahan anak-anaknya.

Sumbangan kecil dari kami
Kemudian kami pergi pula melawat rakan BCSSNS yang mengalami masalah kesihatan. Kami mengharapkan agar beliau terus tabah menghadapi dugaan ini.

Semoga dipermudahkanuntuknya

Monday 17 October 2011

Lawatan ke Persatuan Kanser Payudara Segamat


Pada 16 Oktober 2011, BCSSNS telah mengadakan lawatan ke Persatuan Kanser Payudara Segamat. Lawatan bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran mengenai aktiviti yang boleh dijalankan demi  untuk kepentingan ahli dan meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan kanser payudara.

Kedatangan kami disambut mesra oleh Persatuan Kanser Payudara Segamat

BCSSNS menjamu selera

BCSSNS juga berhasrat untuk mempunyai bangunan sendiri

Mendengar taklimat sebelum makan tengahari

Taklimat mengenai aktiviti PKPS oleh Pn Mariah

Ahli BCSSNS Dr Nor Afidah bersama ahli PKPS Encik Yeoh

Ahli menunjukkan bakat yang terpendam

Masing-masing mempamerkan kehebatan

Aktiviti permainan

Cenderahati dari PKPS kepada BCSSNS

Bergambar sebelum bertolak balik ke Seremban

Makan lagi dalam perjalanan balik

Sunday 9 October 2011

Bulan Kesedaran Kanser Sedunia

Bulan Oktober  sinonim sebagai bulan kesedaran kanser payudara sedunia. Dengan itu BCSSNS telah mengadakan satu perjumpaan bagi semua ahli dengan tujuan untuk menjalin kemesraan di antara ahli dan memupuk kesedaran mengenai kanser. Majlis telah diadakan di LKPPN di Seremban 2.

Pendaftaran

Makanan turut diedarkan

Antara yang hadir

Berselawat

Pengacara majlis

Ucapan Presiden

Pertunjukan fashion oleh ahli

Menghasilkan kraftangan

Tarian oleh ahli

Sokongan dari Dr Maha

Saturday 1 October 2011

Mesyuarat AJK BCSSNS Kali 4 2011

Pada  1/9/2011, mesyuarat ajk telah diadakan bagi membincangkan aktiviti - aktiviti yang akan.
Antara aktitivi - aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
1)  Perjumpaan dengan ahli sempena Bulan Kanser Sedunia
2)  Lawatan ke Persatuan Kanser Segamat
3)  Menziarah pesakit sebelum dan selepas pembedahan
4)  Bantuan kepada ahli sempena Deepavali


Saturday 6 August 2011

Sumbangan Hari Raya

Pada 6/8/2011 telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang. Seramai 20 orang pesakit dan bekas pesakit kanser hadir dan telah menerima hamper serta voucher bernilai RM100. Mereka turut berkongsi pengalaman menghadapi kanser pada hari tersebut.

Penerima sumbangan



Seorang lagi penerima sumbangan


Presiden memberi kata kata semangat

Perkongsian pengalaman